Wednesday 24 February 2010

Undangan Majlis Perkahwinan


klik pada butang play untuk mendengar lagu tema majlis perkahwinan kami.. :P

Klik pada image/peta kad jemputan diatas untuk paparan yang lebih jelas

Dengan sukacita kami mempersilakan anda untuk menghadiri majlis 'istana kasih' kami pada 25 Julai 2010 bersamaan 13 Syaaban 1431H. Sesungguhnya kami berasa amat bertuah sekali atas kunjungan anda nanti, Semoga dengan kehadiran dan doa restu hadirin akan meneyerikan lagi majlis kami dan diberkati oleh Allah SWT, insya’Allah.
“ Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kepada pengantin suami isteri. Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia lebih-lebih lagi di akhirat " ~ Amin Ya Rabbal ‘Alamin ~

Dan terima kasih juga diatas kunjungan anda ke blog rasmi yang didedikasikan bersempena Majlis Perkahwinan kami ini

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : " Datanglah menunaikan jemputan apabila kamu dijemput kepadanya "- Daripada Abdullah Ibni Umar r.a. -
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Majlis Perkahwinan ini bolehlah terus menghubungi 06-351 4473, 012-692 9741, 019-620 5594 atau 013-357 3799.

 


M.N.S © 2010 Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi 1024 x 768.®