Tuesday 23 February 2010

Majlis Pertunangan - Kg. Gelam Melaka

Majlis pertunangan ini diadakan pada 12 Disember 2009, mengambil lokasi rumah pasangan perempuan sebagai tempat berlangsungnya sesi suai kenal antara kedua belah keluarga. Walaupun terdapat sedikit kelewatan untuk sampai ke rumah pihak perempuan akibat kesesakkan lalu lintas, keluarga pihak perempuan dapat menerimanya dalam menunggu rombongan yang akan hadir. Syukur kehadrat Allah s.w.t cuaca pada hari tersebut cerah justru majlis dapat disempurnakan dengan lancar.
" Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “
~ Amin Ya Rabbal Alamin ~

Terima kasih pada saudara, rakan-rakan dan juga para hadirin yang hadir meraikan majlis pertunangan ini.

Wassalam.
 


M.N.S © 2010 Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi 1024 x 768.®